Tuesday, October 25, 2011

Field trip to KUANTAN


Sempena cuti sekolah aku yg seminggu ni...aku merancang nak pergi Kuantan....
Tujuannya? Pertama, BF aku masa kat matriks maxis naik jinjang pelamin....rasanya dah lama sangat tak berjumpa dengan beliau....dari tahun pertama universiti kot....
Keduanya, saja-saja nak hirup udara kuantan pulak la.....
Tapi yang pergi hanya aku, Mimi n Are-year...
en ASO terpaksa kerja....

Oleh sebab kenduri kawan aku Rose nih hari Sabtu, maka pagi tu la kami bertolak...


Ini adalah kali pertama aku melalui LPT disebabkan sejak aku habis mengaji di KT, aku tidak pernah lagi ke sana dan semasa aku mengaji di sana LPT tak siap lagi....peliks kan! :D
ekekekkeke.....

Aye memandu agak perlahan sebabnya, kami bawa budak kecil...
takut dia termuntah (tp gigih pulak budak ni bila nenek dia tiada kat tepi, selalu tu, asal jalan jauh jer muntah)...
lagi satu takut terlanggar beruk melintas....ambil kira pengalaman-pengalaman orang lain la kan....

kami sampai di Gambang kira-kira jam 1.00 ptg...
mmmm...betul ker rumah orang kenduri ni???
Betula rumah BF Rose aku...
tapi kat sini waktu kemuncak majlis jam 2-3 ptg...
kalau kat kg kitaorg waktu puncak ialah 11-1 ptg....
lain tpt , lainla kaedahnya...ye tak? ;p

* gembira dapat gula-gula

* mimi malu-malu bergambar dgn "princess"

lepas dah salam bagai....
kami terus chow cin chow....
nak berjimba la konon kan.....


cari jalan ker Cherating, tapi satu papan tanda tak ada...
apakah???
akhirnya terpaksa la keluarkan cik gramin yang kepochi....
minta tolong tunjuk arah....

akhirnya...
sampai juga kami di Cherating...
kami memilih utk tinggal di Holiday Villa...
lagipun murah dan selesa...

masa nak daftar masuk tu, nampak ramai sangat umat kat lobi resort...
rupa-rupanya ramai rombongan-rombongan dari syarikat dan sekolah yang buat hari keluarga di sini...
ramai juga la yang mencuka sbb dapat masuk bilik lambat....
abis tu cik yah, dah kamu datang dgn rombongan, kena tunggu dan bersabar....
tak boleh la mengadu sana sini,
servis tak bagus la....
resort tepi sana lagi bagus ...mmmm
resort tu kena juga la reserve bilik-bilik utk pelanggan-pelanggan yang dtg sendirian berhad....
apa pun...selesa juga la
nak selesa lagi
sila la pilih resort2 lain....

* mimi bersiap sedia utk ke pantai

* part ni jerk yg tak puas hati, nak request lebih2, tgk dah lintang pukang dah bhgn receptionist, jadi tidur je la mimi kat celah2 lubang katil tu.... ;p


* harusla la tunjuk gambar jamban pada yang sgt sensitif pd keselesaan bathroom kan.....

Lastly....
masa utk ke pantai.....


Ok Kuantan,
jumpa lagi di lain masa...

kami mesti datang lagi....
muuuuuaaahhhh!




Saturday, October 15, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...