Friday, December 14, 2012

Holly Holiday @ Hong Kong - day 1 ( part 2.1)


Assalamualaikum...

tanpa berlengah lagi mari kita sambung. masih lagi hari pertama....isk...isk cam dah luper pulak =P ok..ok...so flight weols adalah dalam jam 1.40 ptg. aku dah malas nak booking tiket pepagi buta sebabnya, pasti terlajak tido dan nnt terlepas flight macam tahun lepas....Nauzubillah. tak mampo la kalau nak pegi beli tiket baru dek non oiii.

Lepas sarapan ala kadar kat rumah kami bertolak dengan kete pak tam 4272 ( kete kesayangan ) ke LCCT jam 9 lebih....konon2 nak p timbang beg sbbnya hati dah gusar mcm terlebih berat beg weols. takdelah tergesa-gesa karang. maklomla LCCT tu bagi aku macam bus stop chow kit....sesak mengalahkan pasar borong.

Sampai shj kat sana aku suh en hasben parking yg paling murrrrraaaaaahhhh sekali iaitu RM16 sehari. travel bajet katerkan. parkir pon kena bajet. aku pon tak tahu yg mana satu RM16 sehari =P. adik aku yg bagitau tapi lokasi x dpt dipastikan. jadiknya...aku suh en hasben turunkan aku ngan beg2 kat departure, n dia pi la carik sensorang sbb aku nk kena jaga beg....hehehehe. punyela lama weols tunggu en hasben parkir kete. aish, sesat ker kat LCCT ni? pikir aku la....dahler henpon tinggal kat rumah. ke hulu ke hilir kitaorg ngan beg2 besau ni....yela takot en hasben x nampak mana kitaorg berdiri....weols kan kecik moleks gtew.... :)


Ooooh....rupanya dia parkir keta yg paliiiiiiiinggggggg jaoh sekali.berpeloh-peloh aku tgk en hasben jalan. aku cakap, xpe...lepas ni nak g negara sejuk, hilangla bau kepam tu nnt.....miahahahaha

kat depan pintu masuk kat tepi Mc D rasenyer


Yup, tadi aku kata beg aku mcm terlebih berat kan.....so aku dgn gigihnya pergila timbang beg. alamakksss! terlebih 2 kilossss. aku hanya beli 20kg. hukhukhuk....nak nangis plak. ok dan pergilah aku ke kaunter CS AA....adoi...dah ler panjang, lembaps plak. boarding pass x print lagi, tapi dah web check in.masa tu dah jam 11pg . biler turn aku CS tu pon kata "sbb kurang dari 4 jam akak kena trus pergi kaunter daftar masuk 16 hingga 25( rsnya sbb dah x hengat )". alamak ... takkan kaunter yg sesak dgn umat manusia tu kot? aku pandang2 nombor2 yg ada....okeh, selamat! kaunter yg disebutkan amatlah aman dan takde org yg berator!!!! yabedabedu! trus daftar masuk n beli la berat beg  yg terlebey itu....mahalllll oke. 1kg= RM 50 ( dah mcm byr xcess baggage ataupon mmg pon? hish ) Untuk menjimatkan wang, terpaksa aku goresssss kad emas haku. stresss tau!

flight kami *teruja bebs
excited girl....*teruja katanya
ada peningkatan sbb buat di tingkat atas berbanding tahun 2011, lebih teratur dan selesa *suke
Sebelum tu, selesai check in semua beg dan ambil boarding pass, kami pergi makan kat food court. Aku tak tahu menahu ada food court kat sini...*ketinggalan jaman la nko nih
Kami makan siap2 sbb aku x ode apa2 makanan pon kat atas langit ke tujuh tu. Tapi sebenarnya korang, whether nko dah makan ker belom, biler FA AA tu tolak troli makanan tu tepi nkau, automatikssss perot nkau akan memanggil-manggil...pppppfffffftttttttttt! lapar balik! cisssss! akhirnya kami terpaksa lerrrr membeli dgn keadaan duhet Ringgit yg dah x berapa ada sbb sudah ditukar kpd HK Dollar! en hasben membeli nasik lemak pak naser dan aku hanya mahu minum 100plus n Mimi pulak mengada-ngada nak Milo yg berharga RM6 tu.....mencik! dan menyesal!

melayan karenah anak yg nak tu nak ni...mak dia dah lama layan perasaan sendiri kat tepi tingkap ;p

Perjalanan adalah selama lebih kurang 4 jam. Aku bantai tido sebab anak aku dok main2 ngan budak2 kecik yg lain, so aku ada space la nak bantai tdo. En hasben dah lama dan mengkroooghhhh kat belakang yg ada tpt kosong.
Subhanallah...dah mcm salji awan ni

Aduh...lambat betol. Aku mmg kurang sabar kalau naik aeroplane. Aku suka yg baru naik tetiber dah sampi dah...hahahahha...bosan! Aku dah pergi kencin sampi 2 kali dah...( camner la org yg naik plane pg europe smpi 13 jam tu kan....kematu pungkok wey! ) x smpi2 gaks....
Lebey kurang jam 4.50 camgitu, AA pon mendarat la di HK international airport. Excited gler! Jakun jap!

Kedatangan kami adalah disambut oleh hanjing yg sgt besar kat muka pintu lepas jejantas aeroplane.Terkesima jap campur takot tetibe kalau hanjing tu menganjing kat weols. Gambar pon aku x tertangkap takot hanjing terkejut.

HK airport sgt besar dan luas.
Sambil-sambil aku klik-klik butang kamera aku adalah pegawai airport tu teriak "no picture, no picture" dlm slang english + kantonis. Dlm hati aku kata, lerrrr kat sini pon xle tangkap gambar kerrr *konpius. Ada satu hal lagi, tgh2 aku jalan, mungkin sbb tgk mata aku merah sbb mengantuk...ada pegawai pompuan tu dgn siyes gler suruh aku benti jap sbb dia nak ambik temperature reader dan dihalakan kpd aku....adoi, nko hengat aku ni pembawa virus ke? *bengkek gler ...en hasben tolong gelak2 kt tepi....btw walaupon baru pukul 5 lebih...tapi sudah gelap mcm malam....itu mmg diluar jangkaan aku. Aku x buat research btul2 sgt...

okla kiter sambung nnt. aku nak bukak pose ganti hari ni. ciao.



















Tuesday, December 11, 2012

Holly Holiday @ Hong Kong - day 1 ( part 1)

Assalamualaikum.

Dah dekat seminggu kami balik dr HK. Penat dah hilang. Tapi kenangan akan terpahat di hati. Jom, sekarang aku nak cerita tentang perjalanan kami ke sana. Moga jadi panduan kepada sesiapa yang nak ke sana tanpa menggunakan travel agent.

Kami beli tiket AA ke HK ni dah lama. Rasanya awal tahun hari tu. Mmg plan nak pergi akhir tahun sbb yela nak kumpul duhet dulu kan...( travel gaya semekin gtu lerr ) ... ;p.....Kami pergi 2 org dewasa iaitu aku dan en.hasben serta budak kecik iaitu Mimi.

Kami dah rancang x mahu guna travel agent, konon2 nak jadi backpackers bagaiiii...puiiii. So, seperti biasa aku adalah perancang utama kerja gila ini. ( eh, giler ker? bagi org buta travel cam weols ni, mmg kerja giler.) Aku warning siap2 kat hasben ku itu yg ini travel ala backpackers sbb takot dia terkujat plak nnt. kuikuikui...

3 bulan sebelum terjadi hari kejadian, aku menyiapkan draft itenery, baca semua segala mak nenek blog yang travel ke HK. mmmm gigih x  makkk?!!! :) menyenaraikan segala tempat-tempat menarik @ yg patut diukur ms kat sana. hehehehe.....Kemudian, carik pulak kat zabihah.com, tpt2 makanan halal yg boleh didapati kat sana.

Last but not least, mencari tempat tinggal semasa di sana. Pada mulanya aku buat research utk stay kat Hotel, tapi umanggggg haih! mahal glerrrrrr ok! so, aku pon membooking MK Hotel dgn harga RM 1300 (sqft kecik gler k) utk 5h 4mlm melalui booking.com. Korang jangan risau, diorang x cas apa2 n kalau nak cancel 3 days b4 pon masih percuma. Disebabkan aku terajinnnnnn ler sgt baca2....godek2 blog2 travel ni, maka aku telah terjumpa traveller2 yg suka tinggal kat hostel. Aku baca pendapat, komen2 diorang, n not bad la kalau aku just tdo jer kat HOSTEL kan....boleh save duit kat situ....dah nama pon org susah. kuikuikui...maka...Aku ponn telah membatalkan penempahan aku dgn MK hotel yg terletak di Mongkok.

Tempat tinggal dah setel, rasanya itu shj yg perlu diselesaikan sebelum kami pergi. Tiket ke Disney HK kami akan beli di sana shj nnt. Oh ye, disana juga aku rancang akan main masak2 juga. Mmmmmm, takut kelaparan bebssss. Jadi seminggu sebelum kami pergi, aku menshopping barang kering spt Maggie cup, MILo 3in1, biskut2 utk dikunyah, sardin, beras 1kg, kari dlm tin, sambal ikan bilis, paket makanan BRAHIM....hah! ambik nkau, dah mcm nak berkelana ke mana ntah. ;p

2, 3 hari sebelum travel, aku mula pack semua baju2 yg nak dipakai dan makanan kering sekali. Aku bawa juga selimut dan lapik tpt duduk yg selalu di bawa sms berpiknik. ( aku ikot kata hati kecil yg suh bawak ...hehehehe ) Aku juga dah bertanya dgn pakcik kesayangan iaitu En Google cuaca di HK nnt. pakcik aku kata masa tu adalah musim luruh dan suhu nya adalah dlm lingkungan 20 deg celcius keatas ye.....So aku dgn tahap kebengapkan aku telah menpackkan baju2 nipis shj kedlm beg. Dalam hati berkata, x payah nak poyossss la nkau nak bawak baju tebal2 ala bulu2 gtew....tapi korang tau wat was happen? nnt la aku cerita... ;p

ok la....aku rasa dah panjang lebar aku tulis cerita ni, tapi masih x sampai2 kat HK...miahahahahaha. sambung kat part 2 pulak la....LOL

ok, then ciao.                                            *Istanbul HK aku datang!

google kasik pinjam....ish lawa la....jeles btol!

Monday, December 10, 2012

cahaya hati

Assalamualaikum...

baru jer tadi terbaca 1 komen dr seorang sahabat di FB. komen nya hanya mempunyai 5 ke 7 patah perkataan shj. tapi sgt terkesan pada hati ini. terima kasih. aku tidak punya uang utk sahabat2...tapi aku punya kasih sayang dan keikhlasan. sekian.



p/s: tajuk dgn content xde kena mengena ... LOL

Friday, December 7, 2012

Refleksi saya

Assalamualaikum...

Penat n rasa nak demam. Sekarang tengah gigih basuh baju yg berlambak-lambak. Kemas-kemas beg. Hari tu kami smpi kat LCCT pd 5hb jam 3.00 pm. MasyaAllah...rasa nak terbakor kulit. pffft! hahahahaha....Almaklongla, kt HK suhu below 20 deg Cel. Ms tu mcm nak tertanggal segala tulang.Tetiba kat sini terus rasa cam perit giler disimbah bahang mentari *ceh! baru 5hr jer pong...

It's a great xperienced between me n him together with our daughter. Pertama kali mem'backpacker'.Satu memori yg tak akan dilupakan. Lapar sama-sama, penat sama-sama, sejuk sama-sama, sesat sama-sama, sakit pinggang sama-sama....Haahahahaha.....boleh katakan semuanya sama-sama. :) *smile...ni membuatkan saya sayang akan keluarga saya ketat2 dan melupakan segala masalah2 yg sedang berserabut dlm fikiran ini.

Saya berharap kami dapat lagi peluang sebegini di lain masa. InsyaAllah.

Penat tau beratur nak tangkap gambar dgn Minnie ...Smpi sakit tulang belakang aku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...