Tuesday, December 11, 2012

Holly Holiday @ Hong Kong - day 1 ( part 1)

Assalamualaikum.

Dah dekat seminggu kami balik dr HK. Penat dah hilang. Tapi kenangan akan terpahat di hati. Jom, sekarang aku nak cerita tentang perjalanan kami ke sana. Moga jadi panduan kepada sesiapa yang nak ke sana tanpa menggunakan travel agent.

Kami beli tiket AA ke HK ni dah lama. Rasanya awal tahun hari tu. Mmg plan nak pergi akhir tahun sbb yela nak kumpul duhet dulu kan...( travel gaya semekin gtu lerr ) ... ;p.....Kami pergi 2 org dewasa iaitu aku dan en.hasben serta budak kecik iaitu Mimi.

Kami dah rancang x mahu guna travel agent, konon2 nak jadi backpackers bagaiiii...puiiii. So, seperti biasa aku adalah perancang utama kerja gila ini. ( eh, giler ker? bagi org buta travel cam weols ni, mmg kerja giler.) Aku warning siap2 kat hasben ku itu yg ini travel ala backpackers sbb takot dia terkujat plak nnt. kuikuikui...

3 bulan sebelum terjadi hari kejadian, aku menyiapkan draft itenery, baca semua segala mak nenek blog yang travel ke HK. mmmm gigih x  makkk?!!! :) menyenaraikan segala tempat-tempat menarik @ yg patut diukur ms kat sana. hehehehe.....Kemudian, carik pulak kat zabihah.com, tpt2 makanan halal yg boleh didapati kat sana.

Last but not least, mencari tempat tinggal semasa di sana. Pada mulanya aku buat research utk stay kat Hotel, tapi umanggggg haih! mahal glerrrrrr ok! so, aku pon membooking MK Hotel dgn harga RM 1300 (sqft kecik gler k) utk 5h 4mlm melalui booking.com. Korang jangan risau, diorang x cas apa2 n kalau nak cancel 3 days b4 pon masih percuma. Disebabkan aku terajinnnnnn ler sgt baca2....godek2 blog2 travel ni, maka aku telah terjumpa traveller2 yg suka tinggal kat hostel. Aku baca pendapat, komen2 diorang, n not bad la kalau aku just tdo jer kat HOSTEL kan....boleh save duit kat situ....dah nama pon org susah. kuikuikui...maka...Aku ponn telah membatalkan penempahan aku dgn MK hotel yg terletak di Mongkok.

Tempat tinggal dah setel, rasanya itu shj yg perlu diselesaikan sebelum kami pergi. Tiket ke Disney HK kami akan beli di sana shj nnt. Oh ye, disana juga aku rancang akan main masak2 juga. Mmmmmm, takut kelaparan bebssss. Jadi seminggu sebelum kami pergi, aku menshopping barang kering spt Maggie cup, MILo 3in1, biskut2 utk dikunyah, sardin, beras 1kg, kari dlm tin, sambal ikan bilis, paket makanan BRAHIM....hah! ambik nkau, dah mcm nak berkelana ke mana ntah. ;p

2, 3 hari sebelum travel, aku mula pack semua baju2 yg nak dipakai dan makanan kering sekali. Aku bawa juga selimut dan lapik tpt duduk yg selalu di bawa sms berpiknik. ( aku ikot kata hati kecil yg suh bawak ...hehehehe ) Aku juga dah bertanya dgn pakcik kesayangan iaitu En Google cuaca di HK nnt. pakcik aku kata masa tu adalah musim luruh dan suhu nya adalah dlm lingkungan 20 deg celcius keatas ye.....So aku dgn tahap kebengapkan aku telah menpackkan baju2 nipis shj kedlm beg. Dalam hati berkata, x payah nak poyossss la nkau nak bawak baju tebal2 ala bulu2 gtew....tapi korang tau wat was happen? nnt la aku cerita... ;p

ok la....aku rasa dah panjang lebar aku tulis cerita ni, tapi masih x sampai2 kat HK...miahahahahaha. sambung kat part 2 pulak la....LOL

ok, then ciao.                                            *Istanbul HK aku datang!

google kasik pinjam....ish lawa la....jeles btol!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...